Tuesday, January 25, 2011

Masak Lemak Pucuk Paku


1. Celur pucuk paku sehingga lembut.
2. Tumbuk 3 ulas bawang merah, 1 ulas bawang putih, sedikit kunyit hidup, sedikit ikan bilis, serta cili api (mengikut pedas). 
3. Jika mahu, anda boleh tumis terlebih dahulu bahan tumbuk. Jika tidak, anda boleh terus masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk bersama - sama pucuk paku dan pati santan.
4. Masak pucuk paku untuk beberapa ketika, kemudian tambahkan garam dan gula. Pastikan santa selalu dikacau untuk mengelakkan ia pecah2. Sedia dihidangkan.

Hati Masak Sambal


1. Hiris hati nipis2. 
2. Rebus hatibersama bahan2 tumbuk: 1 sudu lada hitam, 1 sudu jintan manis, dan sedikit kunyit serbuk. Rebus sehingga empuk.
3. Blend cili kering bersama 2 ulas bawang besar, 1 ulas bawang putih, dan 1 inci halia.
4. Tumis bahan blend sehingga garing. Masukkan hati, kemudian tambah garam dan gula secukup rasa. Siap dihidang.

Saturday, January 1, 2011

Ikan Siakap Sweet Sour

1. Cuci ikan dan kelarkan seperti gambar di bawah.



2. Blend segenggam cili kering yang telah direbus dan dibuang biji, 5 tangkai cili merah, 1 ulas bawang besar, 1 ulas bawang putih, 1 inci halia, dan 3 biji tomato.
3. Tumiskan bahan blend sehingga pecah minyak. Masukkan sos cili dan tomato bagi menambahkan rasa.
4. Masukkan juga garam dan gula secukup rasa.
5. Tuangkan sos sweet sour di atas ikan yang telah digoreng garing.


Hias ikan mengikut kreativiti

Kuetiaw Goreng

 

1. Tumis 2 ulas bawang putih yang telah ditumbuk kasar.
2. Tumiskan beberapa ekor udang.
3. Masukkan lebih kurang 3 sudu besar cili boh.
4. Masak untuk seketika, kemudian masukkan kuetiaw.
5. Tuangkan kicap (banyak), dan masukkan sedikit kicap cina (memberi rasa masin). Tambahkan garam dan gula jika perlu.
6. Masukkan taugeh dan daun bawang.
7. Pecahkan telur, dan tutup api. Sedia dihidangkan.

Buncis Goreng


1. Tumbuk 3 ulas bawang merah, 1 ulas bawang putih, 2 tangkai cili masak, dan sedikit ikan bilis.
2. Tumis bahan tumbuk sehingga garing.
3. Masukkan kacang buncis. Taburkan sedikit serbuk kunyit.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
5. pecahkan sebiji telur di dalam buncis. Biarkan seketika, kemudian tutup api. Sedia dihidang.

Ayam Masak Lemak


1. Tumbuk 5 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih, cili api (kuantiti ikut pedas), 1 inci kunyit.
2. Tumis bahan tumbuk bersama serai yang telah dititik.
3. Masukkan ayam bersama kemancar (santan perahan ke 2), 2 keping asam keping, dan daun kunyit.
4. Apabila ayam sudah agak empuk, masukkan pati santan dan sentiasa kacau agar ia tidak pecah2. Masukkan gula dan garam. Sedia dihidang.

* Resepi Negeri Sembilan tidak menggunakan bawang.

Kari Udang

 

Bahan tumbuk:

5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
4 sudu jintan manis

Rempah:

4 sudu besar rempah daging Babas (bancuh dengan air)
1/2 bahan tumbuk
1 sudu kerisik

Cara - cara:

1. Tumis bahan tumbuk bersama 2 tangkai kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 2 biji pelaga, dan daun kari.
2. Apabila bahan tumbuk sudah garing, masukkan bancuhan rempah dan kacau sehingga pecah minyak. Masukkan 2 keping asam keping dan ubi kentang yang dibelah dua.
3. Masukkan pati santan mengikut kuantiti kuah yang diinginkan. Pastikan kuah pekat.
4. Masukkan udang dan masak sebentar. Masukkan gula dan garam, dan pastikan udang tidak dimasak terlalu lama untuk mengelakkan ia kecut. Sedia dihidang.

Ikan Siakap Tiga Rasa

 

1. Tumis 3 ulas bawang merah, 5 ulas bawang putih, 1 inci halia yang telah dihiris.
2. Apabila bahan gorengan sudah layu, masukkan 1 ulas bawang besar dan cili masak yang telah dihiris.
3. Kemudian, masukkan 4 sudu besar sos cili thai. Sebaiknya, gunakan 1 jenama sos buatan Thailand (saya x ingat namanya, nanti check).
4. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
5. Masukkan juga sedikit air tepung ubi untuk memekatkan kuah.
6. Perah 2 biji limau nipis.
7. Tuangkan di atas ikan siakap yang telah digoreng garing. 

Tart Cocktail


Acuan @ Shell Tart (Anggaran 50 shell)

Bahan A:       
200 gram butter/margerin.
100 gram gula icing.
1/2 esen vanilla.

Bahan B:
1 biji telur.

Bahan C:
420 gram tepung gandum.
30 gram susu tepung.

Cara - cara:

1. Kacau bahan A sehingga lembut.
2. Masukkan bahan B dan C.
3. Uli rata sehingga doh menjadi lembut.
4. Terapkan menggunakan acuan.


Jangan terlalu tebal.


5. Bakar dengan suhu 150' selama 15 - 20 minit.


Custard

100 gram instant custard
200 gram susu cair
100 gram whipped cream
Cocktail (dalam tin)

Cara - cara:

1. Kacaukan semua bahan sehingga sebati. Pastikan bancuhan tidak terlalu pekat.
2. Masukkan adunan ke dalam piping bag.
3. Picit piping bag, dan dengan segera, sudukan isi cocktail di atas custard.


Sayur Masak Lemak

 

1. Tumis 2 ulas bawang merah dan 1 ulas bawang putih yang dihiris.
2. Masukkan sedikit kemancar (santan perahan ke 2), kemudian diikuti dengan sayur2 yang diinginkan.
3. Apabila sayur sudah sedikit layu, masukkan pati santan bersama garam dan gula. Pastikan kuah sentiasa dikacau untuk mengelakkan ia pecah2. Pastikan juga sayur tidak terlampau lama dimasak agar ia tidak hilang nutrien.
4. Tutup api sebaik sahaja kuah mendidih. Teruskan mengacau kuah seketika. Sedia untuk dihidang.

Sambal Sotong Kering

 

1. Rendam sotong kering dengan air biasa selama 2-3 jam.
2. Kemudian, ganti air rendaman, dan rendam ia bersama 2 tudung air abu selama 2-3 jam.
3. Cuci sotong kering dan rendamkan lagi dengan air biasa selama 2-3 jam.
4. Blend 1 ulas bawang besar/ 4 ulas bawang merah, 1 ulas bawang putih, 2 genggam cili keirng yang telah direbus dan dibuang biji, dan sedikit belacan.
5. Tumis bahan blend sehingga pecah minyak.
6. Masukkan sotong dan masak hingga lembut.
7. Masukkan gula dan garam, serta 1 sudu besar stok ayam pekat. Lebihkan gula agar sambal tumis manis.
8. Masukkan air perahan asam jawa mengikut kuantiti kuah yang diinginkan. Sedia untuk dihidang.