Thursday, December 30, 2010

Nasi Lemak

 

1. Cuci beras dan masukkan ke dalam periuk. 
2. Masukkan pati santan ke dalam periuk itu. Sukatan santan kepada beras adalah 4:3. Jika kelapa parut digunakan, sukat air secukupnya dan terus blend menggunakan air yang telah disukat tadi.
3. Hiris 3 ulas bawang merah dan 1 inci halia. Masukkan bahan ini ke dalam periuk, bersama - sama 1 tangkai kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, sedikit lada hitam, dan sedikit serai yang telah dititik. Masukkan juga gula dan garam secukup rasa.
4. Masak nasi di atas api. Apabila nasi hampir kering, masukkan sehelai daun pandan yang telah disimpulkan.
5. Biarkan nasi kering seketika. Nasi siap dihidangkan bersama sambal ikan bilis/ikan (untuk resepi sila rujuk post http://akupunyabelanga.blogspot.com/2011/01/sambal-sotong-kering.html), telur rebus, timun, dan kacang.

Monday, December 27, 2010

Petua Elakkan Masakan Bersantan Cepat Basi

Petua ni arwah opah saya yang bagi, katanya boleh elakkan kuah bersantan lambat basi. Caranya adalah dengan memerah santan dengan cara yang betul.

CARA YANG SALAH:


Jangan perah dengan cara menggenggam. 

CARA YANG BETUL:


Semasa memerah, ibu jari perlu dihalakan ke bawah (seperti buat tanda 'best' terbalik). Perah supaya perahan santan jatuh 'meleleh' ke arah ibu jari. 

Insha- Allah kuah santan anda akan tidak cepat basi jika tidak dipanaskan!

Ikan Puting Damar Goreng Tepung



 Ikan Puting Damar adalah sejenis ikan yang mempunyai isi yang lembut dan enak, tidak seperti ikan biasa. Saya pertama kali diperkenalkan dengan ikan ini oleh seorang taukeh cina di pasar. Katanya, ikan ini hanya sedap digoreng bersama tepung, dan tidak sesuai untuk dimasak dengan cara lain. Ikan ini memang enak!

Cara - cara:

1. Cuci ikan bersama asam jawa dan garam kasar. Toskan ikan.
2. Gaulkan ikan dengan sedikit tepung goreng Kentucky, serbuk kari ikan, dan serbuk cili.
3. Ikan sedia digoreng.


* Jika mahu, ikan juga boleh dicelupkan dalam bancuhan telur terlebih dahulu sebelum dilumurkan bersama tepung. 

Sunday, December 26, 2010

Mi Udang Dewi



(Anggaran hidangan : 2 bungkus mi / 2kg)


Bahan - bahan:


1/2 labu bawang putih
20 tangkai cili kering (lebih jika mahu pedas)
2 botol sos cili
5 biji ubi kentang (sebesar penumbuk)
Garam dan gula


Cara - cara:


1. Tumis bawang putih yang telah ditumbuk kasar.
2. Masukkan cili kering yang telah dikisar (tidak dicampur dengan apa2 bahan lain)
3. Apabila tumisan sudah sedikit pecah minyak, masukkan sos cili untuk menambahkan rasa.
4. Kemudian, tambahkan ubi kentang yang telah direbus dan dikisar.
5. Apabila sudah mendidih sedikit, masukkan udang.
6. Setelah udang sedikit masak, masukkan garam dan gula. 
7. Masukkan mi. Masukkan juga bahan hiasan. Sedia dihidangkan. 


* Sayur yang sesuai kubis cina (kubis panjang), daun bawang, cili masak.
* Jika disediakan untuk majlis/rumah terbuka, siapkan kuah tanpa memasukkan udang dan mi terlebih dahulu. Hanya masukkan apabila kuah dipanaskan dan ingin dihidang. 


Mi Udang ni saya belajar dengan Mak Cik Dewi, mak kepada kawan saya Ilham. Sebab tu lah mi ni namanya Mi Udang Dewi :)

Sedap gila kot mi ni, mungkin sebab air tangan Mak Cik Dewi. Mak Cik Dewi memang ada ternak udang, jadi masa saya berkunjung ke rumah beliau, beliau sekelip mata je siapkan mi ni. Memang terangkat habis! Walaupun rencah2 nya simple je, tapi memang menjilat jari.

Tengok jela muka saya yang tah brape kali tambah time tu:


Thanks Mak Cik sebab ajar resepi yang sedap ni. Nanti saya pi rumah, makcik masak ni lagi tau! Sayang mak cik! :) 

Friday, November 12, 2010

Baked Macaroni (Makaroni Bakar)


1. Rendam 160 gram (1/3 bungkus daripada sebungkus 500 gram) makaroni beberapa jam untuk melembutkannya. 
2. Setelah agak lembur, celur makaroni selama 5 minit. Kemudian, tos.
3. Tumis 3 ulas bawang merah, 1 ulas bawang putih, daun kari, dan 2 sudu besar rempah daging.
4. Apabila pecah minyak, masukkan 1/2 bungkus daging cincang Ramly.
5. Setelah daging empuk, masukkan gula dan garam secukup rasa. Boleh masukkan juga mix vegetables (sayur beku campur) jika suka.
6. Masukkan makaroni dan tunggu sampai kering.




7. Sapukan mentega pada loyang. Masukkan bahan gorengan ke dalam acuan dan tekan supaya padat dan rata.
8. Pecah 6 biji telur dan masukkan 1 sudu besar tepung gandum, dan sedikit garam.
9. Tuangkan bancuhan telur tersebut ke atas makaroni di dalam loyang. Jangan kacau adunan loyang.
10. Bakar makaroni tersebut selama 45minit dengan suhu 180'.
11. Sesudah masak, sapu cili sos di atas permukaan makaroni. Taburkan juga bawang goreng, daun bawang, daun parsley/sup, dan cili masak di atas permukaan makaroni. Sedia dipotong dan dihidangkan.  
                     

Kek Batik

Kek Batik adalah sejenis kek yang hampir semua orang pernah makan, dan semua orang pon suka.
Tambah2 budak2 kat asrama, kek ni jela yang paling senang dan mampu dibuat secara diam2 kat dorm sebab kek ni x perlu bahan2 yang grand2, juga oven untuk disiapkan.
Dalam menghasilkan kek ni juga, saya hampir pasti banyak versi resepi untuk kek ni, btol x?
Tapi di sini, saya nak berikan resepi yang saya sendiri dah cuba berkali2 dan memang sedap, mudah, berbaloi2, berbanding dengan resepi2 laen.
Sesuai untuk anda yang baru nak berjinak2 dengan dapur ;)



1. Gorengkan kacang tanah tanpa mintak sehingga ia garing. Kemudian ramaskan kacang supaya kulitnya tertanggal dan ia akan terbelah dua. Kuantiti kacang bergantung kepada selera anda.
2. Panaskan 2 cawan mentega di dalam kuali.
3. Masukkan 2 cawan susu cair dan biarkan ia mendidih sebentar.
4. Kemudian, masuk 2 cawan milo, 1 cawan nestum, dan 2 sudu serbuk koko ke dalam kuali tersebut.
5. Setelah beberapa ketika, tutup api. Asingkan sedikit 'kuah' ini untuk topping. Ia juga perlu disejukkan selama 1 minit sebelum memasukkan biskut untuk mengelakkan biskut menjadi lemau dan tidak rangup.
6. Masukkan biskut marie (sebungkus) yang dipatah dua. Untuk kek lebih rangup dan sedap, pastikan biskut tidak dipatahkan lebih dari dua kerana ia akan hancur.
7. Masukkan juga kacang yang telah digoreng tadi.
8. Masukkan biskut tadi ke dalam loyang yang telah disapu dengan mentega. Mampatkan.
9. Sapu topping di atas permukaan kek untuk mendapatkan kemasan yang cantik. Jika tidak sapu topping, jadilah seperti gambar di atas (kek seperti hancur2 di atas). Kurang cantik la untuk masuk kat blog hehe.


Kacang tanah boleh juga ganti dengan badan, walnut, chestnut, etc!

Jom Kenal Rempah dalam English!

Pernah tak korang nak cuba resepi baru, tapi bahan2 yang ditunjukkan tu dalam Bahasa Inggeris?
Kadang2 tak tau jugak mende lah kan yang diorang cakap tu... kan kan?
So kat sini aku nak tunjuk serba sikit la rempah ratus kita ni dalam English, ok? :)



 Bawang Merah/ Bawang Kecil
Shallot

 Bawang Besar
Onion


Bawang Putih
Garlic 


 Kunyit Basah/ Kunyit Hidup
Turmeric



Halia
Ginger 

 
 Lengkuas
Galangal 



Jintan Manis/ Jintan Besar
Fennel Seed



 Jintan Putih/ Jintan Kecil
Cumin



Kulit Kayu Manis
Cinnamon 



Bunga Lawang
Star Anise



Bunga Cengkih
Clove


 

 Buah Pelaga
Cardamon
Halba
 Fenugreek

Halba Putih
(nama tak dapat cari hehe)
Halba putih adalah rempah yang berwarna putih di dalam halba campur, seperti gambar di bawah.


Halba Campur 
(Halba, Halba Putih, Jintan Manis, Jintan Putih)
Mixture of Spices





Biji Ketumbar
Coriander Seeds





Biji Sawi
Black Mustard Seeds



 Lada Hitam
Black Pepper Seeds


 Buah Keras
Candlenuts


 Daun Pandan
Pandan Leaves


Serai
Lemon Grass 



Daun Selasih
Basil Leaves



Daun Kari
Curry Leaves