2. Pecahkan sebiji telur ke dalam sotong.
3. Masukkan sedikit tepung goreng Kentucky, rempah kari ayam/daging, dan serbuk cili. Pastikan ia berpalut.
4. Sotong sedia digoreng!
Friday, November 12, 2010
Sotong Goreng Tepung
Udang Goreng Asam
1. Tumbuk bawang merah (4 ulas), bawang putih (1 ulas), 3 sudu besar jintan manis, 2 sudu besar lada hitam.
2. Kunyitkan udang bersama garam.
3. Tumis bahan tumbuk.
4. Apabila sudah garing, masukkan udang. Jangan biar terlalu lama untuk elakkan udang kecut.
5. Masukkan sedikit air perahan asam jawa (bergantung kepada kuantiti kuah yang diinginkan).
6. Masukkan sedikit sos cili untuk pekatkan kuah. Tambah gula dan garam secukup rasa.
7. Masukkan bawang besar dan cili potong sebagai hiasan.
Tuesday, November 9, 2010
Ikan Tongkol Berempah
Ikan Tongkol (juga dipanggil Ikan Kayu) merupakan sejenis ikan yang kurang mendapat sambutan di kalangan kita kerana rasanya yang kurang enak dan kasar. Namun, jika dimasak dengan resepi yang sesuai, Ikan Tongkol mampu menjadi hidangan yang hebat dan sedap!
Mari cuba ;)
1. Bersihkan seekor ikan tongkol.
2. Hiriskan isi tongkol tersebut kepada 2; hirisan rapat ke tulang ikan.
3. Potong ikan tongkol tersebut sepanjang lebih kurang 1 inci.
4. Bersihkan ikan, dan perapkan sebentar bersama asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir.
5. Perapkan potongan ikan tersebut dengan sedikit serbuk kari ikan, kicap, sos tiram, dan serbuk lada putih.
6. Setelah beberapa lama, goreng potongan ikan tersebut.
7. Asingkan ikan yang telah digoreng.
8. Gorengkan pula bawang besar/ bawang merah.
9. Masukkan ikan, taburkan sedikit sahaja garam (kerana ikan sudah masin), dan taburkan cili api yang telah dipotong. Tutup api.
Nampak sedap kan? :) Cuba lah!
Prata Puff
1. Sebaiknya gunakan roti prata instant jenama 'Kawan' atau 'Karts.'
2. Biarkan roti prata di luar peti ais untuk seketika (untuk dilembutkan).
3. Potong kepingan tersebut kepada 4 bahagian.
4. Letakkan inti di atas setiap kepingan prata yang dipotong. Inti yang boleh digunakan adalah sardin, ayam atau daging serunding, kentang, dsb. perlulah dipastikan yang inti tersebut kering.
5. Lipat dua setiap potongan prata itu.
6. Kelim bahagian tepi prata dengan garfu.
7. Buat 3 ke 4 hirisan (bergantung kepada saiz doh) di bahagian atas doh.
8. Sapukan permukaan doh (atas sahaja) dengan telur (sebaiknya merah sahaja) yang telah dipukul bersama secubit garam.
9. Bakar doh di dalam ketuhar selama 20 - 30 minit pada suhu 180'. Pastikan ketuhar dipanaskan terlebih dahulu.
Hasil yang memberangsangkan :)
Sedia dihidangkan. Lebih enak dimakan panas2 bersama kopi Che Nah :D
Pie Tee (Pie Singapore)
Inti:
1 batang karot.*
1 ketul ubi sengkuang.*
15 batang kacang buncis/ kacang panjang.*
2 biji telur.
50sen udang kering (1 genggam).
1 labu bawang besar.
3 ulas bawang putih.
1 kiub daging.
Sedikit udang basah (jika suka).
* hiris panjang2.
Cara -cara:
1. Tumbuk lumat: Bawang putih, bawang besar, udang kering.
2. Tumis bahan tumbuk, masuk kiub.
3. Masuk sayur2, kemudian telur.
4. Tambah garam secukup rasa.
5. Toskan supaya kering.
Kulit:
1 cawan tepung gandum.
1 sudu besar tepung beras.
1 cawan air.
1 biji telur.
Secubit garam.
Cara - cara:
1. Blend semua bahan.
2. Tapis bahan.
3. Panaskan acuan dalam deep fryer (atau guna kuali biasa dengan minyak yang banyak).
4. Setelah betul2 panas, celupkan 3/4 acuan ke dalam bancuhan.
5. Goreng di dalam deep fryer. Semasa goreng, celupan akan mudah tanggal. Jadi, perlu kawal celupan dari tanggal terlalu cepat bagi mengelakkan celupan kecut/ melekat.
6. Apabila celupan (kini kelongsong) sudah agak keras, barulah dibiarkan sehingga kekuningan.
7. Apabila sudah kekuningan, angkat dan telangkupkan untuk mengetos minyak.
8. Boleh digoreng dalam kuantiti yang banyak sekaligus dan disimpan dalam bekas kedap udara (seperti dalam gambar di atas).
Sos:
100 gram cili kering (direbus, buang biji).*
1 labu bawang putih.*
100 gram kismis.*
* Blend.
Cara - cara:
1. Tumis bahan blend sehingga garing.
2. Masukkan cili sos, gula dan garam. Biar pekat.
Untuk Hidangan:
- Masukkan inti ke dalam kelongsong.
- Kemudian, tuangkan sedikit sos (atau sos cili) di atas inti.
| Siap untuk dihidangkan! :) |
Ketang Ketung!!
Yeayyy saya dah berjaya buat blog baru!!! (lagi???)
Blog ini khas untuk ahli keluarga dan juga rakan2 yang nak mencuba resepi2 simple yang boleh dicuba di rumah.
So, selamat mencuba!!! :)
Subscribe to:
Posts (Atom)


