Friday, December 31, 2010

Cornflake Chocolate


Bahan - bahan:

200g cornflakes
50g almond strip - dipanggang atau disangai (goreng tanpa minyak)
400g cooking chocolate
Sedikit white chocolate (untuk hiasan)

Cara - cara:

1. Cairkan cooking chocolate dengan kaedah double boiler (panaskan coklat menggunakan bekas yang mengandungi air yang dididihkan.
2. Masukkan cornflakes & badam tadi. Gaul sampai semua bersalut dan rata.
3. Sudukan dalam papercup dengan segera. Letak bawah kipas sehingga coklat keras.
4. Hias dengan white chocolate. Biar seketika sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Menggoreng Tanpa Gorengan Melekat di Kuali


Untuk mengelakkan bahan yang digoreng, contohnya ikan, melekat pada kuali dan akhirnya merumitkan proses menterbalikkanya, adalah lebih baik jika minyak gorengan itu dipanaskan dahulu bersama - sama asam keping. 
 
Dengan ini, bahan gorengan akan kurang melekat pada kuali dan tidak akan menghancurkannya. 

Telur Masak Sos

Masakan ini adalah masakan yang sesuai untuk orang bujang - senang dan save bajet!


 

1. Tumis 1 ulas bawang besar, dan 2 ulas bawang putih.
2. Masukkan sos cili dan sos tomato secukup rasa.
3. Masukkan gula dan garam.
4. Akhirnya masukkan telur goreng. Siap!

Ikan Masak Asam Pedas


1. Tumbuk 4 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih yang dihiris, sedikit belacan, 1 inci halia, dan 2 genggam cili kering.
2. Tumis bahan tumbuk bersama sedikit serai yang telah dititik sehingga garing.
3. Masukkan masukkan sedikit air asam jawa (mengikut kuantiti kuah), diikuti dengan gula dan garam, juga 2 keping asam keping.
4. Apabila sudah mendidih, masukkan daun kesum dan bunga kantan.
5. Kemudian, masukkan ikan dan biarkan ia masak seketika. Sedia dihidangkan.


Melaka Style: 


1. Tumbuk bawang merah, cabai kering, secubit jintan merah dan jintan putih, 1 sudu besar ketumbar, dan 10 biji lada hitam.
2. Rebus bahan tumbuk bersama daun kesum.
3. Masukkan asam keping.

Tart Cheese

 

Terdapat 4 langkah dalam menghasilkan tart ini. 1) Acuan @ shell tart. 2) Cheese filling sebagai base. 3) Blueberry filling. 4) Strawberry filling.

Acuan @ Shell Tart (Anggaran 50 shell)


Bahan A:       
200 gram butter/margerin.
100 gram gula icing.
1/2 esen vanilla.

Bahan B:
1 biji telur.

Bahan C:
420 gram tepung gandum.
30 gram susu tepung.

Cara - cara:

1. Kacau bahan A sehingga lembut.
2. Masukkan bahan B dan C.
3. Uli rata sehingga doh menjadi lembut.
4. Terapkan menggunakan acuan.

  
Jangan terlalu tebal.

 

5. Bakar dengan suhu 150' selama 15 - 20 minit.



Cheese Filling


250 gram cream cheese
60 gram gula icing
60 gram butter
1 biji telur
2 sudu besar whipped cream
1 sudu besar sunquick


Cara - cara:

1. Pukul cream cheese, gula icing, dan butter.
2. Setelah kembang, masukkan telur, whipped cream, dan sunquick.
3. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian.
4. Masukkan 1 bahagian ke dalam piping cone.

Strawberry Filling

1. Ambil satu bahagian cheese filling tadi.
2. Campurkan sedikit strawberry emulco sebagai pewarna.
3. Masukkan bancuhan ke dalam piping cone.




Blueberry Filling

1. Ambil satu bahagian cheese filling tadi.
2. Campurkan sedikit blueberry emulco sebagai pewarna.
3. Masukkan bancuhan ke dalam piping cone.



Seterusnya:

1. Picitkan piping cone yang mengandungi cheese ke dalam acuan tart.


2. Seterusnya, picitkan piping cone yang mengandungi strawberry filling.


3. Yang terakhir, picitkan piping cone yang mengandungi blueberry filling.


4. Tart siap untuk dibakar. Bakar dalam suhu 150' selama 5 minit sahaja.


Siap dihidangkan :)

Triffle



Bahan - bahan:



1 bungkus kek swiss roll perisa strawberry
1 kotak agar2 segera Lady's Choice
1 sudu teh strawberry paste (jika suka)
1 tin fruit cocktail
2 sudu besar tepung custard.
3 sudu besar gula.
3 cawan susu segar perisa strawberry.


Cara - cara: 


1. Masak tepung custard, gula, dan susu sehingga ia menjadi pekat, selalunya selepas ia mendidih. Sejukkan.
2. Potong kek swiss roll dan susun ia menjadi satu lapisan di dalam mangkuk casserole/bekas jernih.
3. Tuang sedikit air cocktail di atas susunan kek tersebut.
4. Tuang custard tadi ke atas kek dan ratakan.
5. Taburkan buah2 cocktail di atas custard.
6. Bancuh agar2 segera mengikut arahan yang disediakan, dan tuang ke atas cocktail tadi.


 
7. Masukkan ke dalam peti sejuk. Sedia dihidangkan.




Chapati



1. Uli 1 cawan tepung chapati (tepung atar) bersama air suam yang dituang sedikit demi sedikit. Anggaran: 1 cawan tepung dapat menghasilkan lebih kurang 4 keping chapati.
2. Campurkan sedikit garam dan marjerin ke dalam bancuhan.
3. Bentukkan bancuhan menjadi bulat.




4. Canaikan doh menjadi nipis. Tabur tepung atar di atas doh untuk bagi memudahkan ia diuli.
5. Goreng di atas kuali rata. Sesuai dihidangkan bersama kuah kari, sardin, dan sebagainya.