Friday, December 31, 2010

Ikan Masak Asam Pedas


1. Tumbuk 4 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih yang dihiris, sedikit belacan, 1 inci halia, dan 2 genggam cili kering.
2. Tumis bahan tumbuk bersama sedikit serai yang telah dititik sehingga garing.
3. Masukkan masukkan sedikit air asam jawa (mengikut kuantiti kuah), diikuti dengan gula dan garam, juga 2 keping asam keping.
4. Apabila sudah mendidih, masukkan daun kesum dan bunga kantan.
5. Kemudian, masukkan ikan dan biarkan ia masak seketika. Sedia dihidangkan.


Melaka Style: 


1. Tumbuk bawang merah, cabai kering, secubit jintan merah dan jintan putih, 1 sudu besar ketumbar, dan 10 biji lada hitam.
2. Rebus bahan tumbuk bersama daun kesum.
3. Masukkan asam keping.

Tart Cheese

 

Terdapat 4 langkah dalam menghasilkan tart ini. 1) Acuan @ shell tart. 2) Cheese filling sebagai base. 3) Blueberry filling. 4) Strawberry filling.

Acuan @ Shell Tart (Anggaran 50 shell)


Bahan A:       
200 gram butter/margerin.
100 gram gula icing.
1/2 esen vanilla.

Bahan B:
1 biji telur.

Bahan C:
420 gram tepung gandum.
30 gram susu tepung.

Cara - cara:

1. Kacau bahan A sehingga lembut.
2. Masukkan bahan B dan C.
3. Uli rata sehingga doh menjadi lembut.
4. Terapkan menggunakan acuan.

  
Jangan terlalu tebal.

 

5. Bakar dengan suhu 150' selama 15 - 20 minit.



Cheese Filling


250 gram cream cheese
60 gram gula icing
60 gram butter
1 biji telur
2 sudu besar whipped cream
1 sudu besar sunquick


Cara - cara:

1. Pukul cream cheese, gula icing, dan butter.
2. Setelah kembang, masukkan telur, whipped cream, dan sunquick.
3. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian.
4. Masukkan 1 bahagian ke dalam piping cone.

Strawberry Filling

1. Ambil satu bahagian cheese filling tadi.
2. Campurkan sedikit strawberry emulco sebagai pewarna.
3. Masukkan bancuhan ke dalam piping cone.




Blueberry Filling

1. Ambil satu bahagian cheese filling tadi.
2. Campurkan sedikit blueberry emulco sebagai pewarna.
3. Masukkan bancuhan ke dalam piping cone.



Seterusnya:

1. Picitkan piping cone yang mengandungi cheese ke dalam acuan tart.


2. Seterusnya, picitkan piping cone yang mengandungi strawberry filling.


3. Yang terakhir, picitkan piping cone yang mengandungi blueberry filling.


4. Tart siap untuk dibakar. Bakar dalam suhu 150' selama 5 minit sahaja.


Siap dihidangkan :)

Triffle



Bahan - bahan:



1 bungkus kek swiss roll perisa strawberry
1 kotak agar2 segera Lady's Choice
1 sudu teh strawberry paste (jika suka)
1 tin fruit cocktail
2 sudu besar tepung custard.
3 sudu besar gula.
3 cawan susu segar perisa strawberry.


Cara - cara: 


1. Masak tepung custard, gula, dan susu sehingga ia menjadi pekat, selalunya selepas ia mendidih. Sejukkan.
2. Potong kek swiss roll dan susun ia menjadi satu lapisan di dalam mangkuk casserole/bekas jernih.
3. Tuang sedikit air cocktail di atas susunan kek tersebut.
4. Tuang custard tadi ke atas kek dan ratakan.
5. Taburkan buah2 cocktail di atas custard.
6. Bancuh agar2 segera mengikut arahan yang disediakan, dan tuang ke atas cocktail tadi.


 
7. Masukkan ke dalam peti sejuk. Sedia dihidangkan.




Chapati



1. Uli 1 cawan tepung chapati (tepung atar) bersama air suam yang dituang sedikit demi sedikit. Anggaran: 1 cawan tepung dapat menghasilkan lebih kurang 4 keping chapati.
2. Campurkan sedikit garam dan marjerin ke dalam bancuhan.
3. Bentukkan bancuhan menjadi bulat.




4. Canaikan doh menjadi nipis. Tabur tepung atar di atas doh untuk bagi memudahkan ia diuli.
5. Goreng di atas kuali rata. Sesuai dihidangkan bersama kuah kari, sardin, dan sebagainya.

Thursday, December 30, 2010

London Almond

 

Bahan - bahan:

1 ketul butter
3/4 cawan gula halus
2 biji telur
60 gram badam kisar
Tepung gandum
Badam
Coklat masakan (Cooking chocolate)
Badam cincang

Cara - cara:

1. Kacau butter bersama gula dan telur.
2. Apabila bancuhan sudah kembang (berwarna kuning putih), masukkan tepung gandum dan badam kisar.
3. Bentukkan doh menjadi bulat dan letakkan sebiji badam di dalam setiap ketul bulatan.
4. Celupkan setiap ketul bulatan di dalam cooking chocolate. Gunakan teknik double boiler (Panaskan bar cooking chocolate menggunakan bekas yang direndam dengan air mendidih). Masukkan ke dalam acuan.
5. Tabur badam cincang di atas setiap ketul bulatan dan bakar di bawah suhu 180' selama 45 minit.

Daging Masak Hitam

  

Bahan - bahan:

Bahan A: - 15 tangkai cili kering
                      - 3 sudu jintan manis
                      - 1 sudu jintan putih 
* goreng minyak dan blend dengan bahan B

Bahan B: - 4 ulas bawang merah 
                      - 1 ulas bawang putih
                      - 1 inci halia
* blend bersama bahan A. 

Bahan C:  - 1 tangkai kulit kayu manis
                       - 2 kuntum bunga lawang
* goreng minyak, kemudian tumbuk kasar.

1. Perap daging bersama bahan A, B, dan C. Tuangkan juga kicap sehingga gelap warna perapan.
2. Setelah diperap kira2 3 jam (atau seeloknya 1 malam), tumis bahan perapan dengan minyak.
3. Apabila daging empuk, masukkan 1 sudu gula merah. Jika mahukan ia sedikit berkuah, masukkan sedikit air asam jawa. Namun untuk lebih sedap, pastikan ia pekat.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
5. Masukkan juga 1 sudu kerisik apabila daging hampir siap dimasak.
6. Masukkan hirisan bawang besar, cili merah, dan cili hijau sebagai hiasan.

* boleh juga masukkan sedikit bunga kincan jika mahu.

Nasi Minyak


Bahan -  bahan:

4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 cawan mentega
Sedikit minyak (terpulang selera)
3 tangkai bunga lawang
2 batang kulit kayu manis
2 sudu besar lada hitam
Beberapa tangkai daun kari
4 biji pelaga
6 kuntum bunga cengkih
100 gram/ 1/2 cawan kismis
100 gram gajus / 1/2 cawan gajus


Cara - cara:


1. Panaskan sedikit mentega. Tambah minyak jika perlu.
2. Tumis bawang merah, bawang putih, bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih, daun kari, lada hitam, dan pelaga.
3. Setelah garing, masukkan kismis dan gajus.
4. Apabila kismis menjadi kembung, masukkan air yang telah disukat. Sukatan air kepada beras adalah 4:3. Jika mahu, boleh jugak masukkan susu. Sukatan susu, air, dan beras adalah 1:3:3.
5. Apabila air dan susu telah mendidih, masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. Masukkan beras dan kacau sehingga kering. Pastikan api dinayalakan besar agar nasi tidak lembik dan cepat kering. Pastikan juga nasi sentiasa dikacau dengan senduk sementara menunggu ia kering agar tidak hangit dan berkerak.
7. Tunggu seketika selepas nasi itu kering. Sedia dihidang. Nasi boleh dihidangkan bersama Daging Masak Hitam (untuk resepi sila lihat post http://akupunyabelanga.blogspot.com/2010/12/daging-masak-hitam.html), dsb.




Nasi Minyak yang dihidangkan bersama Daging Masak Hitam