Saturday, September 24, 2011

Cendawan Goreng Tepung


1. Gaulkan cendawan dengan sedikit tepung goreng Kentucky, serbuk kari ikan, dan serbuk cili.
2. Cendawan sedia digoreng.

* Jika mahu, cendawan juga boleh dicelupkan dalam bancuhan telur terlebih dahulu sebelum dilumurkan bersama tepung.

Masak Lemak Siput Lala

 

Bahan - bahan (ditumbuk):

Cili api (ikut kepedasan)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 cm halia

Serai yang dititik
2 keping asam keping
Pati santan dan kemancar
Daun kunyit

Cara - cara:

1. Tumis bahan - bahan tumbuk bersama serai yang telah dititik.
2. Masukkan siput lala bersama kemancar (santan perahan ke 2), 2 keping asam keping, dan daun kunyit.
3. Kemudian, masukkan pati santan dan sentiasa kacau agar ia tidak pecah2. Masukkan gula dan garam. Sedia dihidang.

Sambal Udang Petai


Bahan - bahan:

500 gram udang
Petai yang telah dikikis kulit
Cili kering yang telah direbus dan dibuang biji
2 ubi bawang besar
Sedikit belacan
Gula dan garam secukup rasa
Sedikit air asam jawa

Cara - cara:

1. Kikis petai, kemudian belah biji petai kepada dua bersama tulangnya (cara utara). Jika keluarkan biji sahaje pun ok. 
2. Rendam petai bersama garam untuk hilangkan rasa kelat.
3. Blend cili yang telah direbus bersama bawang besar dan belacan.
4. Tumis bahan blend sehingga pecah minyak.
5. Masukkan petai dan biar sehingga empuk. 
6. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Sambal lebih sedap jika manis.
7. Masukkan air asam jawa untuk menambah sedikit kuah. Namun jangan terlalu cair. Lebih sedap jika pekat sedikit. Sedia untuk dihidang.

Sotong Pesemol



Bahan-bahan :


1 kg sotong dipotong empat segi dan dikelar-kelar
Sedikit minyak untuk menumis
1 batang cili merah dibelah dua
1 batang cili hijau dibelah dua
2 biji buah tomato dibelah dua

1 helai daun kunyit dihiris nipis
* untuk hiasan

Bahan-bahan yang dimesin :


8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
7 biji cili masak
5 biji cili padi
6 biji buah keras
2 cm kunyit hidup
2 cm halia

1 cm lengkuas


Bahan - bahan lain:


2 batang serai dititik
2 camca kecil gula jawa (gula melaka/gula gerek)
Garam secukupnya
3 keping asam keping
2 cawan santan pekat



Cara-cara:


1. Panaskan minyak dan tumiskan serai bersama bahan-bahan yang dimesin sampai wangi dan pecah minyak. 
2. Masukkan santan dan asam keping, didihkan perlahan-lahan sampai pekat. 
3. Masukkan sotong, gula jawa, garam dan cili, tomato serta hirisan daun kunyit. Sajikan.

Tuesday, September 6, 2011

Sambal Ikan Medan

Resepi by Bibik Noor :)


Bahan - bahan:

1. 5 ekor ikan yang telah digoreng - terpulang jika mahu rangup atau sedikit lembut.
2. 10 batang cili masak.
3. 2 biji tomato.
4. 5 ulas bawang merah / 2 biji bawang besar.

Cara - cara:

1. Tumbuk bawang bersama cili masak dan tomato.
2. Tumis bahan tumbuk. Masukkan sedikit sahaja air.
3. Apabila pecah minyak, masukkan garam dan gula.
4. Masukkan ikan yang telah digoreng. Taburkan bawang besar dan dihiris sebagai hiasan.

Saturday, September 3, 2011

Oreo Cheese Cake

Bahan - bahan:

1. 1 cawan whipped cream
2. 1 cawan biskut Oreo (Original) yang telah dihancur2 kan
3. 100 gram biskut Oreo (Chocolate Crème) juga dihancur2 kan.
     * Elak guna blender kerana biskut akan terlampau hancur
4. 50 gram biskut Oreo (Chocolate Crème) patahkan kasar2 (untuk hiasan)
5. 2 sudu besar jus lemon - saya ganti dengan 1 sudu sunquick oren
6. 3 sudu kecil gelatin (cairkan dengn 1/4 air panas). Cairkan hanya bila nak guna. Kalau cairkan awal2, nanti gelatin mengeras.
7. 3/4 gula kastor/gula halus
8. 500 gram creame cheese PHILADELPHIA (2 blok 250 gram)



9. 50 gram butter/mentega yang telah dilembutkan.

Cara - cara:


1. Sapukan butter yang sudah dicampur dengan biskut oreo yang telah dihancurkan pada springform pan (20cm). Springform - acuan boleh dibuka di sekeliling.


2. Pukul cream cheese bersama gula sehingga kembang.
3. Masukkan bancuhan gelatin, jus lemon, whipped cream, and biskut Oreo (Chocolate Crème).
4. Tuang bancuhan dalam acuan yang disiapkan tadi. Simpan di dalam peti sejuk selama 30 minit.


5. Taburkan lebihan biskut oreo di atas dan masukkan lagi ke dalam peti sejuk selama 2 jam ataupun bila kek sudah agak keras.


Untuk gambar di atas, saya guna Blueberry Filling untuk tambah perasa. So, sebelum tabur lebihan biskut oreo as topping, sapukan dulu Blueberry Filling di atas, lepas tu baru taburkan biskut Oreo. 


Boleh jugak kalau nak guna Cooking Chocolate. Slamat mencuba :)

Saturday, February 5, 2011

Udang Goreng Bawang



1. Tumis 1 ulas bawang besar, 1 ulas bawang putih, serta halia yang telah dihiris.
2. Masukkan udang dan goreng seketika.
3. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Boleh masukkan sos cili jika suka.
4. Masukkan cili masak (merah/hijau) yang dihiris sebagai hiasan. Sedia dihidangkan.